KENANGAN TERINDAH…
Kenangan yang hampir 5 tahun sudah berlalu. Skarang,ada yang megimbas kembali detik2 yang pernah menjadi kenangan yang terindah dalam hidup…hati berdegup kencang sama seperti 5 tahun dulu. Dia yang x pernah luput dari kenangan kini mula membayangi hidup kembali. Dia bukanlah yang sama, tetapi dia punya wajah yang cukup iras. Manakan tidak hati nie x bergetar tatkala bertentang mata. Tapi, kamu hanyalah bayangan dia. Kamu x sama dengannya. Cukuplah kenangan dengannya yang pernah mengusik hatiku 5 tahun dulu…
SUARA KU BERHARAP…
Insan yang cukup sempurna pada pandangan mataku. Sebab tu hati ini sangat berharap, dialah yang mampu menjadi teman hidup dunia dan akhirat. Tapi impian Cuma tinggal impian. kenapa? Aku x sepadan dengan dia..seseorang yang cukup sempurna manakan sama dengan aku yang punya terlalu banyak kekurangan. Berlalu sudah 2 tahun di mana aku pernah bertentang matanya dengannya yang cukup mengusik hatiku. Tapi aku sendiri x faham adakah aku masih berharap insan ini?
DI SAAT AKU MENCINTAIMU…
Kamu yang x pernah aku fikir akan menjadi salah seorang insan istimewa. Tapi di saat aku sedar, kamu dah jauh pergi. Cukup jauh sampaikan kamu sanggup lukakan hati nie. Hati yang pernah kamu tenangkan satu masa dulu, kini terusik kerana kamu..kenapa lambat sangat aku sedar?skarang, aku Cuma mampu mendoakan kamu, agar kamu sentiasa bahagia walau siapa pilihan hati kamu..sebab dari dulu aku dah banyak kali bagitahu, yang aku akan sentiasa berada di pihak kamu dan akan memilih kamu lebih dari yang lain. Menyayangi kamu lebih dari sedarku.tapi kini kamu dah jauh…
AKU MAHU…
Belum mampu mentafsirkan rasa hati nie. Betul ke, aku mahukan kamu? Tapi di saat aku ingin mencari jawapan, kamu buat aku keliru. Dengan perbuatan, pandangan dan juga kata2. Kenapa? Janganlah usik hati nie lagi. Dah penat pun. Aku x sepadan dengan kamu. Aku x layak dengan kamu. Kamu msti dapat seseorang yang mampu bawak kamu ke jalan yang benar. Mungkin aku bukan seseorang itu..Cuma ingin sentiasa berdoa agar satu hari nanti kamu akn benar2 berubah..





No comments:
Post a Comment