Wednesday, July 24, 2013

Cerita Kami


Bismillahhirrahmanirrahim

Senyumannya begitu manis.Memang senang pelajar-pelajar baru nak suka padanya.Hmmm... tak pe la.kalau dah jodoh tak ke mana.Insyaallah.itulah yang selalu di fikirkan ku. Bilik gerakan mms itu terasa sesak tatkala ramai pulak yang datang untuk menandatangani kedatangan untuk hari ini. Dalam diam aku mencuri melihat jikalau dia yang ku tunggu-tunggu sudah datang juga.”Hmm smartnya hari nie” aku berkata-kata sendiri di dalam hati. Yalah aku hanya mampu untuk memendamkan apa yang aku rasa. Tidak sekali-kali aku kan luahknnya. Manakan tidak, di hatiku hanya Tuhan yang tahu siapa yang bertahta. Tidak mungkin kan bertukar kerana perkenalan yang terlalu singkat akan membuatkan aku lupa pada dia yang sentiasa di dalam doaku.
 aza,termenung ingat apa sorang-sorang nih? Soal arif yang kebetulan melihat aku di luar bilik gerakan. Tak la rif,ngantuk la.semalam balik kul 2 pagi.Kena wat laporan nak hantar kat cik Noraini hari ni.jawab ku kembali.yea ke,ingatkan tadi ingat kat Rif.dia terus berlalu sambil ketawa masih menghiasi bibirnya. Aku terpinga-pinga mendengarnya.
 Sementara itu di laman perdana kelihatan pelajar-pelajar yang baru sahaja mendaftar pada hari ini mula menduduki tempat kosong yang disediakan kerana pagi itu akan ada sedikit taklimat berkenaan mingu mesra siswa. Para mahasiswa baru akan diberi penerangan tentang apa yang berlaku sepanjang minggu ini.

Tatkala asyik memerhati suasana di laman perdana,handset ku tiba-tiba berbunyi menandakan ada yang memanggillku.belum sempat aku menjawab panggilan itu terputus.hmmm sape la yang nak main-main nih.getus aku keseorangan.aku biarkan saja tanpa menelefon kembali. Kaki ku yang sudah letih berdiri memaksa aku untuk masuk kembali ke bilik gerakan. Wah-wah diorang ni mentang-mentang hari ini hari pertama mms  semuanya bersemangat lebih. Malam nanti mesti ramai pulak yang merungut keletihan.yalah dari pagi bekerja menyambut para mahasiswa baru yang datang bersama ibu bapa mereka yang sudah semestinya bermacam ragamnya.Masa tu nanti ramai la yang buat masalah.tidur dalam bilik la macam-macam lagi la alasan tak nak buat kerja.tapi sebagai kawan-kawan kita kena faham. Itulah yang diajar kepada semua pm semasa kami mengikuti lawatan ke kuala lumpur dan melaka sebelum mms berjalan.

Malam itu selepas semua mahasisawa kembali ke kolej,aku serta beberapa pm yang lain masih di bilik gerakan, Banyak yang perlu dibincangkan untuk penambahbaikan pada hari esok. Hmm biasalah orang yang di tunggu-tunggu muncul jua. Ingatkan dah x nak datang mamat ni.ngomel aku di dalam hati.lantas dia melabuhkan punggungnya di sebelah aku.ish, apesal mamat ni macam dah tak der tempat lain nak duduk.dah lama ke diorang ni tunggu?maaf la,tadi jumpak ustaz kejap kat PI.lembut sungguh tutur katanya.jom mulakan.katanya dengan tegas pula. Lantas pm yang lain mula mengemaskan kedudukan masing-masing.lewat jugalah aku pulang malam itu.

Keesokan paginya selepas solat subuh di bilik,aku meletakkakn kepala sebentar lagi.terlepas pulak nak jemaah kat PI subuh tadi.Mesti Pm yang lain tertanya-tanya di mana aku. Aduh malunya...selepas bersiap-siap aku turun ke dewan makan.wah sedapnyar sarapan pagi ni.berselera sungguh aku pagi itu.mana tidaknya semalam tidur pun boleh tersenyum.teringatkan meeting semalam berbunga-bunga hati aku.

Tepat jam 8 pagi aku menggerakkan kaki menuju ke bilik gerakan dengan harapan hari ini lebih baik dari semalam.sampai sahaja aku terus mencetak laporan yang perlu di hantar pada hari ini.alamak silap lagi taip nama dia.kena cetak lain la nih.
Abang Alif tolong sain laporan ni boleh?nak hantar pada cik Noraini hari ni.tuturku.bagus la laporan dah siap,abang pun nak pergi jumpa cik Ain,biar abang hantar terus la.okeylah.time ksh yea.terus aku berlalu dari situ dengan hati yang berdegup kencang.
Hari nie semua pelajar baru akan mendaftar untuk pendafatran akademik.semua PM sibuk mengambil posisi masing-masing.aku tidak terlibat dengan pendaftaran kerana di tugaskan untuk ”stand by” di bilik gerakan.Oleh itu aku redha dengan tugas ku sekarang kerana aku sememangnya patut berda di situ berikutan biro yang aku pegang iaitu biro pentadbiran.Biro yang paling tinggi di dalam jawatankuasa MMS. Aku asyik mengemas bilik gerakan yang kelihatan sangat tidak tersusun.mana tahu tiba-tiba cik Ain turun bilik gerakan hari nih.”rajinnya setiausaha abang”tegur pengarah mms.Tak la,takut-takut cik Ain datang,tu yang kemas sikit-sikit ni”syoknya kena puji oleh insan istimewa,hehehe.aku tersenyum sendirian.
”Aza ni salah nih.tak pe la biar abg Alif buat”tuturnya.sory,Aza tak pernah jadi s/u tu pasal banyak benda tak tahu.aku menahan rasa.eh tak pe,abang tak kisah.jawabnya kembali
Aku memerhati setiap patah yang di taip agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.macam tu yea?soal ku.yup,senang jer.dia membalas.saat itu hatiku berasa sangat tenteram dan semestinya sangat bahagia.PM lain hanya memerhati kelakuan kami antara pengarah dan juga setiusaha.
Semakin hari semakin dekat aku rasa.tetapi itu hanyalah perasaan yang datang dari hatiku sendiri. Besar kemungkinan semuanya akan berakhir selepas tamatnya minggu mesra siswa ini nanti.hari demi hari aku lalui dengan gembira.
Hari ni adalah hari terakhir.aku di tugaskan untuk membeli kek untuk sedikit jamuan pada malam ini.”nak beli yang mana yea?”soal aku menerusi telefon.”yang mana pun tak kisah,asalkan boleh di makan”jawabnya kembali. ”Tak pe la kalau macam tu,Aza beli ikut budget la”aku menamatkan perbualan
Selepas pulang,aku menyibukkan diri dengan membuat persiapan untuk jamuan ringan pada malam ini. Tak sempat langsung melibatkan diri untuk aktiviti sukan pada petang itu. Malam ni mungkin malam terakhir aku jadi setiausaha dia.aku harap semuanya berjalan lancar dan akan menjadi malam yang gembira untuk aku.
Senyumannya malam itu amat menenangkan hatiku.cukuplah segalanya berakhir selepas tamat minggu mesra siswa ini.aku hanya mampu berharap perasaan itu cuma hadir untuk seketika.
Handsetku retak selepas di hentak dengan kuat tadi.geram dengan dia,barangku yang menjadi mangsa.boleh pulak pengarah hilang masa tengah timbul masalah besar nih.mana dia pergi?aku seperti orang yang sudah tidak dapat menahan marah,pelajar sudah seperti tidak dapat di kawal.nasib baiklah biro sukan sudah bersedia dengan kemungkinan seperti ini.
Malam itu aku sedayanya senyum seikhlas mugkin.walaupun masih lagi penat menguruskan masalah yang timbul siang tadi.malam ini semua yang terlibat akan menyuarakan sebab masing-masing.
Hari ni aku bertemu kembali dengan kawan-kawanku yang sudah lama tidak bersua sejak sebulan yang lalu.aku cuma sempat merasa 3 minggu cuti di rumah berikutan terlibat dengan kemasukan pelajar baru.pada masa kawan-kawanku yang lain masih dapat bergembira bersama keuarga tersayang,aku sudah pun mendapat panggilan untuk kursus pembantu minggu mesra siswa.bermulanya semester ini sudah tahun kedua aku menjadi pelajar UiTM pulau pinang.
Dalam perjalanan ke bilik pembantu akademikku,aku bertembung dengan Sarah.kawan baikku yang amat aku sayangi.lantas tanganku pastas memeluk tubuhnya.melepaskan rindu.”Sarah,bila balik penang? Tak bagi tahu Aza pun.aku pura-pura merajuk.”pagi semalam sampai.Sarah tahu Aza mesti sibuk dengan mms.so Sarah x bagi tahu Aza.balasnya untuk memujukku.
Kami berjalan bersama-sama untuk berjumpa PA kami semester ini ntuk mendapatkan cop pengesahan borang pendaftaran pelajar lama.
Selesai dengan pendaftaran aku menuju ke HEP pula untuk membantu apa yang patut berikutan aku masih di tugaskan untuk membantu pendaftaran pelajar lama.tepat sangkaan ku. Dia juga ada di sana membantu kak Sue untuk menguruskan hal berkaitan aktiviti yang akan di anjurkan pada semester yang baru ini. Sibuknya abg.tegur ku.hmmm..nak update aktiviti MPP sem ni.supaya x clash ngan program lain.jawabnya.aku Cuma mengangguk. Selesai dengan mencetak borang yang di perlukan,aku meminta izin untuk kembali ke laman siswa di mana semua pelajar lama akan mendaftar dengan bahagian hal ehwal akademik. Seharian menguruskan pendaftaran,aku terlena sebaik selesai solat isyak.

Jam 6.30 pagi aku terjaga kerana mahu solat subuh. Sebelum ke tandas untuk mengambil wudhuk aku sempat mengejut Nurul agar dia tidak ketinggalan untuk sama2 menunaikan kewajipan. Selesai solat, Nurul kembali menyelubungi dirinya dengan selimutnya yang gebu. Aku membuka tingkap untuk menikmati suasana pada pagi itu.esok bermula sudah semester baru untuk semua pelajar. Aku Cuma mampu berdoa agar semester ini akan berjalan seperti biasa. Aku mahu menyibukkan diri dengan aktiviti yang akan di anjurkan. Memegang jawatan sebagai Bendahari kelab Alam Seitar memerlukan aku untuk menumpukan perhatian kepada aktiviti semasa. Semangat yang membara akan aku sematkan di dalam hati untuk sentiasa menyeimbangkan antara pelajaran dan tugasan.

Angin pagi itu turut membuai perasaanku yang gembira bercampur sedih. Hanya aku yang memahami mengapa itu terjadi. Benar sekali, aku pasti merindui MMS kali ini.waktu yang di habiskan sebagai setiausaha kepadanya benar2 akan aku catitikan di dalam memori. Mungkin semuanya tidak akan berulang kembali.saat,detik,jam dan hari yang memerlukan aku untuk berbicara dengannya merupakan waktu terindah buatku. Bekerja bersamanya juga sebenarnya bukanlah sesuatu yang pernah aku impikan.tapi takdir telah menemukan aku dan dia.
Lamunan aku tersentak tatkala Zatie mencuit bahuku.tengok apa kak Aza?tanyanya.tak der la,saja amek angin.penat la keja seminggu nih.balasku untuk menjawab pertanyaannya.pagi itu kami sama2 sarapan dan mengemas bilik. Maklumlah esok dah mula kuliah.masing2 pasti sibuk dengan hal sendiri.kami tidak bercadang untuk keluar hari ini, kerana mahu menghabiskan masa di bilik untuk menyiapkan meja belajar agar lengkap dengan keperluan yang patut.
Kelasku akan bemula jam 9 pagi hari ini. Akulah yang paling akhir akan keluar kerana Zatie dan Nurul sudahpun keluar pagi tadi.kelas mereka bermula lebih awal.sementara masih ada masa,aku mengangkat kaki menuju ke pejabat kolej. Aku sempat menyapa kak laili dan juga staff yang lain. Aku Cuma sempat membantu sedikit2 sahaja kerna aku perlu ke kelas. Tak elok beri tanggapan yang buruk kepada pensyarah pada hari pertama kelas. Sampai di kelas,aku begitu gembira dapat bertemu kembali rakan2 yang ditinggalkan sebulan lebih yang lepas.semester ini akan menjadi lebih mencabar kerana subjek yang akan kami ambil bukanlah mudah. Harap2 tiada yang akan sangkut berikutan kami akan menjalani latihan praktikal pada semester hadapan. Kelasku tamat jam 4 petang hari ini. Selesai berjumpa dengan penasihat akademik aku kembali ke kolej.
Baru tadi aku mendapat panggilan talifon dari kak Awin. Dia minta aku untuk menggantinya ke mesyuarat dengan presiden kelab dan juga MPP pada malam ini. Aku mengiakan sahaja permintaan itu kerana aku juga masih belum ada apa-apa  rancangan pada malam itu. Sebelum ke bilik gerakan MPP aku terserempak dengan adik angkatku.Farah, atau nama penuhnya Farahin. Dia juga akan turut menghadiri mesyuarat yang sama. Oleh itu aku berjalan seiring dengannya menuju ke pusat kegiatam pelajar.

Sesuatu yang mungkin menjadi kenyataan. Dia juga turut ada di dalam bilik mesyuarat.aku sudah pun mengagak kehadirannya kerana sudah tertera namanya di dalam surat jemputan ke mesyuarat yang aku ambil dari kak Awin.bagi ku yang sudah itu sudah. Aku bukan lagi setiausahanya lagi. Rasanya tidak perlu lah aku menyibukkan diri membantunya. Aku hadir adalah untuk mewakili Kelab Alam Sekitar.kak Aza jap eh,Farah nak tolong abg Alif jap.duduk la dulu sementara tunggu yang lain. Pinta Farah. Aku Cuma menurut. Aku mula menulis butir2 mesyuarat agar tidak ketinggalan apabila mesyuarat di mulakan. Namun soal hati siapa yang dapat pertikaikan. Sesekali aku masih mengerling untuk melihatnya yang sibuk menyusun minit mesyuarat barangkali.bukan tidak mahu menolong,tetapi sudah ada yang membantu.cukuplah aku kira.berbaju melayu serta kopiah yang tidak pernah tanggal dari kepalanya pada waktu malam.maklumlah malamnya akan di sempurnakan di pusat islam.walaupun cukup ”simple” itu sudah cukup membuatkan hatiku cukup berdebar tatkala bertentang mata dengannya. Selang 10 minit menunggu,semua yang dijemput sudah pun berada di dalam bilik mesyuarat itu.

Selama satu jam lebih di dalam bilik yang berhawa dingin itu,akhirnya mesyuarat tamat. Isinya adalah tentang aktiviti yang akan di anjurkan bersama-sama MPP. Semua aktiviti yang di usulkan memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak. Antara yang terdekat ialah MMP iaitu Minggu Mesra Pemimpin.aku telah di lantik untuk menguruskan kehadiran pelajar dari kolej baiduri ke program itu. Jam yang sudah merangkak ke angka sebelas memaksa aku untuk pulang dahulu.semua ahli mesyuarat yang lain yang juga tinggal di Kolej juga perlu pulang kerana pihak JPK akan mengambil tindakan ke atas pelajar yang pulang lambat ke kolej tanpa kebenaran bertulis. Aku sempat mencuit bahu Farah untuk mengajaknya pulang sekali.emm..Aza esok malam abg nak jumpa kejap ya di PKP.ujarnya.kenapa abg?tanyaku lagi. Ada lagikah yang belum selesai fikirku. Pasal duit masa MMS baru nih.balasnya.owh ya,ok2.aku sempat memberikan senyuman yang manis untuknya. Tiba di pagar,aku memberitahu JPK yang bertugas sebab kelewatanku dan beberapa orang pelajar yang lain.
Tiba di  bilik, aku sempat membuat nota ringkas untuk peringatan tentang hal yang perlu dilaksanakan esok hari. Tidak lupa pertemuan dengannya esok malam.hatiku berbunga keriangan pada masa itu.Nurul sempat mengusikku tika melihat aku tersenyum sambil menulis. Ternyata aku hanya membuat nota ringkas namun boleh tersenyum.aku melekatkan nota itu di papan rujukanku. Penat seharian dengan kelas,aku mudah sekali melelapkan mata.
Esoknya aku bangun dengan penuh bersemangat supaya hari ini akan turut menjadi hari yang indah. Sepanjang masa di dalam kelas aku gembira dan menumpukan sepenuh perhatian. Mesti kawan-kawanku pelik dengan sikapku pada hari ini.aku terus pulang ke bilik sejurus habis kelas pada hari ini.aku ingin mengemas barang-barang tidak lupa untuk membasuh baju yang semakin menimbun di dalam baldiku.semuanya sudah terancang agar aku dapat menyiapkan tugas2 sebelum malam.
Malam itu sebaik selesai solat isyak,aku terus menyiapkan diri.hanya berseluar jeans dan memakai sweater di sebalik t-shirt ku dan menyarungkan tudung putih ke kepala. Aku membawa resit2 dan ringkasan perbelanjaan yang di perlukan.Nurul ada bertanya unutk menemankanku. Tetapi aku menolak kerana menganggap mungkin ada orang lain yang akan turut serta dalam perbincangan kami. Ringkas dengan buku nota dan sebatang pen, aku menuju ke pusak kegiatan pelajar kerana di situlah letaknya bilik gerakan majlis perwakilan pelajar.
 Tiba di sana, belum sempat aku menaiki tangga ada yang menegur ku.”Aza,nak g mana?” tanya Ayu yang kebetulan berada di gerai berhampiran. Nak g jumpa pengarah mms lah.ada hal yang belum selesai” jawabku.Ayu hanya mengangguk.kemudian kaki ku melangkah menaiki anak tangga ke aras satu banggunan itu.terkejut aku melihat keadaan bilik gerakan itu.”macam tongkang pecah” otakku berkata-kata. Namun pengarah mms itu lebih terkejut melihat aku yang datang hanya berseorangan ke situ.”sorang saja ke?” tanya nya.”a’ah sorang,ingatkan ada orang lain dah kat sini.”jawabku. ”hurmm, tak apalah.kita bincang kat bawah saja lah”aku hanya mengangguk.aku kemudian lebih terkejut apabila melihat dia hanya berkain pelikat dan berbaju melayu.malu tak kira bila turun bawah dengan orang macam ni. Ayu yang melihat kelibat kami berdua Cuma tersenyum.namun masih sempat berbisik kepadaku ketika dia mahu mengangkat kaki.”apa lagi ju.tackle la” aku terkejut dengan bisikan Ayu.
Tak cukup 5 sen neh Aza.kata pengarah mms itu. Aku tersenyum.tak sangka berkira juga mamat neh.”bukan berkira,Cuma duit tu duit pelajar,abang tak nak lah kita makan duit tak betul sumbernya” dia menjelaskan lagi.aku tersenyum lagi.
Perbincangan kami Cuma lebih kurang setengah jam. Hanya membincangkan tentang pembelian  barang-barang sepanjang minggu mesra siswa. Selepas menyerahkan semua resit-resit pembelian, aku mengangkat kaki untuk pulang.
Sampai di bilik aku tersenyum manis.tapi hati2 agar teman sebilik yang lain tidak menyedari tentang kegembiraan aku pada malam itu.Namun mungkin aku tidak menyedari bahawa itulah pertemuan buat kali terakhir untuk aku sebagai setiausahanya.

Ya Allah jika dia benar untukku dekatkanlah hatiku dengan hatinya.Namun jika dia bukan milikku,damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu.itulah doaku sehari-harian tatkala teringatkan wajahnya

p/s tunggu next episod keh..

No comments:

Post a Comment